Friday, September 18, 2015

Masjid Kampung Banggol Setiu

Image result for masjid kampung banggol setiu

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum perang dunia kedua lagi. Paras mukabuminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasa Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.


Bilangan penduduk Kampung Banggol sekarang ialah kira-kira 2000 orang dan mempunyai 350 buah rumah. Penduduk Kampung Banggol adalah berketurunan Melayu. Pekerjaan Utama penduduk kampung ialah petani, dan penoreh getah. Ada juga yang bekerja di sektor awam dan swasta. Keluasan kawasan kampung ialah 350 hektar.


Menurut sejarah, penduduk asal kampung Banggol adalah orang yang berhijrah dari Kampung Tasek, Setiu. Penempatan pertama penduduk Kampung Banggol ialah di kawasan Banggol Asal dan Gong Keong yang mana sekarang sudah tiada lagi pendudk di sana. Cuma yang tinggal kubur-kubur lama. Ketua Kampung Banggol yang pertama ialah Hj Mohd Amin bin Ali diikuti oleh Hj Samad bin Hamad. Semasa Perang Jepun Ketua Kampung ialah Hj Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali dengan nama Tok Pok. Kemudian diikuti oleh Mohd bin Puteh, Hj Abd Ghani bin Muda, Hj Yusof bin Husin dan sekarang ialah Mat Saufi bin Hj Deraman


Masjid Kampung Banggol pada mulanya terketak di dalam kampung dan ianya terletak di kawasan penempatan awal di kawsan Sungai Kg. Banggol. Kemudian setelah kemajuan berubah dan penempatan mula beralih ke kawasan jalan raya, Masjid Kg Banggol berpindah ke lokasi sekarang sekitar tahun 60-an. Sebelum ini, nama Masjid Kg Banggol adalah Masjid Lama Kg BAnggol yang dijadikan surau sehingga sekarang.


Masjid Kg Banggol telah dibina dan diubahsuai baru pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2008. Mula digunakan pada penghujung tahun 2008 dan majlis penyerahan dibuat pada bulan Feb 2009. Masjid baru ini belum lagi dirasnikan. Masjd ini boleh menampung 1500 orang jemaah pada satu- satu masa.


Imam Masjid Kg Banggol yang awal ialah Hj Hassan, Hj Sulaiman bin Mat, Hj Endut bin Abd Rahman. Hj Hassan dan Hj Sulaiman Mat telah kembali ke rahmatullah. Sekrang Imam lama yang masih kekal ialah Hj Endut Abd Rahman. Pada masa ini, Imam Masjid Kg Banggol ialah Hj endut Abd Rahman, Hj Yusof bin Husin dan Amran bin Derahat. Bilal pula ialah Ahd Ghani bin Hassan dan Che Ismail bin Mohamed.


Masjid Kg.Banggol adalah satu-satunya masjid di Negeri Terengganu yang melaksanakan Projek K-Masjid.

No comments:

Post a Comment